Cara-Cara Merancang DAN Menjayakan Hari Keluarga/Family Day
Assalammualaikum & Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallah alaihi wassalam.
Entry kali ini ialah mengenai cara-cara merancang dan menjayakan Hari Keluarga atau Family Day cakap omputehnya.
Mula-mula hendaklah kita kira ahli keluarga kita. Tengoklah kalau, bapak/ayah atau suami mempunya lebih satu isteri maka mungkin banyaklah anak-anaknya. Ataupun yang hanya ada seorang isteri saje tapi Allah kurniakan dengan rezeki anak yang ramai maka ramailah keluarganye.
Seterusnya, buatlah mesyuarat keluarga. Tak kiralah secara apa, sebagai contoh, penganjur/pencadang hantar satu e-mail kepada ahli-ahli keluarga/adik beradik tentang rancangan mereka.
CONTOH e-MAIL :-
TAJUK : MERANCANG MENGADAKAN HARI KELUARGA
Kehadapan Saudara-saudaraku,
Ishak, Yaakub, Fatimah, Aisyah, Daud, Sulaiman, Harun, Zulkifli, Uthman, Khadijah, Adam dan Hawa.
Adalah dengan ini saya ingin mencadangkan supaya diadakan hari keluarga untuk keluarga kita.
Sila kemukakan cadangan tempat dan tarikh yang sesuai.
Sekian.
p/s Pecah Kaca Pecah Gelas
Macam gitulah lebih kurang e-mailnye. Lepas dah dapat tarikh dan tempatnye, cari pulak lokasi tempat tinggal dan aktiviti semasa berada di situ
Kemudian kiralah budget untuk berapa hari nak bersantai tu. Masukkanlah budget makan(sarapan pagi, makan tengahhari, makan malam), BBQ,hadiah, entry untuk masuk ke sesuatu tempat dan sebagainya.
Rancanglah sekurang-kurangnya dua bulan sebelum acara tersebut. Ini untuk memudahkan ahli keluarga untuk mengumpul dana untuk menyertai , nanti kalau tidak takde orang yang nak pergi. Budget larilah dan sebagai nye. Untuk Hari keluarga kat luar negara bagi orang yang tak berapa nak kaya, 6 bulan atau setahun diperlukan (CARA-CARA untuk ini akan di bentangkan pada post post yang seterusnya insyallah)
Seminggu dua, sebelum acara hendaklah segala wang-wang dikutip bagi memudahkan penganjur untuk membeli (Hadiah, BBQ, Tikar, wang pendahuluan tempat penginapan dan sebagainya). Ajaklah sedara mara itu untuk rewang/gotong royong bersama-sama untuk membungkus hadiah-hadiah tersebut.
Sediakan Aturcara/Menu seperti berikut untuk memudahkan para perserta hari keluarga anda untuk mengetahui arah tuju dan acara-acara yang berlaku.
Sekian Dulu untuk kali ini Selamat Mencuba.
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment