Sunday 20 January 2013

Mee Goreng Cepat Tomyam @ Tomyam Fast Fried Noodle

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,

Untuk kali ini entrinya adalah masakan cepat(fast cooking food). Bahan-bahan yang digunakan biasanya terdapat di dapur tuan-tuan atau puan-puan.

Bahan-bahan untuk masakan kali ini adalah seperti berikut :-


A. 3 Bungkus Mee Cepat a.k.a segera- apa perisa pun tak kesah, tapi kalo buat nie masa camping elok lah perisa tom yam kalau tak tak jadilah Mee Goreng Cepat Tomyam. 

 


B. Perencah Tomyam- yang nie pilihan ("optional" cakap omputehnye). Kalo ada bende nie perencah yang ada dalam mee cepat tu tak yah lah guna banyak. Kalo mee cepat 3, guna ajelah 1 perencahnya.(Kalo gi camping atau takde bende nie kat umah guna jelah tiga-tiga perencah tu) 

C. Aneka Bawang- 3 ulas Bawang Putih, 2 bijik Bawang Merah Kecik1 bijik Bawang Merah besar cikit. Kalo rajin cikit, korang potonglah bawang nie kecik kecik cikit supaya senang bila menumbuknye atau memblendernya nanti. 





D. Sedikit Minyak Masak- Kalo korang nak guna minyak zaitun ke, minyak soya, minyak sapi, minyak kelapa, butter, marjerin ke tak kisah. asala kan minyak yang boleh guna untuk memasak makanan. Hatta minyak lebihan masak goreng cempedak, pisang, cokodok semalam pun boleh.(AMARAN : jangan guna minyak pelincir, minyak urut, minyak keta)





E. Bahan seterusnya adalah Serbuk Lada Hitam, Serbuk Rosemary dan Serbuk Basil (Yang nie kalo takdepun takapa. Kalo nak tukar dengan cili ke, lada atau benda pedas yang lain pun boleh) 


F. Telur- Tak kesah telur apa pun, ayam, itik, puyuh, janji yang halal di makan. Jumlah nya ikut korang lah, jangan satu papan sudah. (Amaran : Membazir kawan syaitan)






G. Air Putih/Masak/Suam- Guna bila perlu







H. Kasih Sayang- bahan ini digunakan ketika hendak membeli bahan dan sewaktu memasak. (Bahan yang paling penting-kalo tiada ditakuti masakan ini menjadi kurang enak)






Setelah ada bahan-bahan yang tersebut diatas maka proses seterusnya ialah memasak. Biasalah kalo nak buat sesuatu kenalah mulakan dengan bismillah. Kalo dapat berdoa lagi bagus"Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah segala urusanku".



Cara-Cara Memasak :-




1. Amik bawang yang telah dipotong-potong tadi dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk sampai rasa dah boleh guna untuk menumis. (Kalo nak tambak ikan bilis cikit pun boleh. Dah siap biarkan saje dalam lesung batu tu. kalo rajin nak basuh pinggan extra, bolehlah bubuh/pindahkan bahan tadi ke dalam pinggan 

2. Basuh telur tadi, kemudian panaskan minyak di dalam kuali. Pabila minyak dah panas, goreng telur tersebut dan jadikan dia "scrambble egg" seperti di dalam gambar sebelah kanan nie.   



 3. Kemudian, buka bungkusan mee cepat tadi dan rendam dengan air panas(Gambar Kiri). Setelah mee tadi kembang toskan seperti dalam gambar sebelah kanan.






4. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi seperti dalam gambar sebelah kiri.
Tumis sehingga keluar bau wangi.


5. Masukkan sesudu perencah tomyam tadi. Kalo rasa tak cukup tambahlah sikit lagi. (Secukup rasa). Masukkan pulak, perencah yang ada dalam mee cepat tadi, sebungkus dah cukuplah.

6. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga mengelegak(dah kuar buih-buih). 



7. Masukkan mee yang telah ditos tadi kedalam kuali. Campakkan sikit serbuk rosemary dan serbuk basil.








8. Gaul dengan rata sampai semua rempah kena dengan mee tadi. Goreng dengan penuh kasih sayang. Agak-agak dah rata, masukkan pula telur "scrammble" tadi. Goreng mee hingga rasa puas hati. (Jangan sampai legam mee tu sudah le)


 

8. Dah puas hati, angkat dan hidangkanlah untuk dimakan. 


Nota : Masa menumis dan menggoreng tadi, gunakan api mengikut kesesuain. 


Sekian untuk kali ini. Selamat Memasak.

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,


p/s jangan lupa basuh ya pinggan-pinggan, senduk, sudu, lesung batu dan lain-lain barang yang diguna.




Tuesday 15 January 2013

UCAPAN : Terima Kasih

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,

















1. Afrikaans = DANKIE 2. Albanian = JU FALEMINDERIT 3. Arabic = SYAKRALAEIKUM
4. Armenian = THANK YOU 5. Basque = ESKERRIK 6. Catalan = GRACIES 
7. Chinese = Xiexie (share-share) 8. Croatian = HVALA 9. Czech = DEKUJEM (dyekuyem)
10. Danish = TAK (tedekku) 11. Dutch = DANK U 12. English = THANK YOU 
13. Filipino = SALAMAT 14. Finnish = KIITOS  15. French = MERCI 16. German = DANKE
17. Greek = SAS EUCHARISTOUME (sima alpha sima epiristomei)
18. Haitian Creole = MESI 19. Hindi = DHAN YAVAD 20. Hungarian = KESSENGNYUK
21. Icelandic = FAKAFU 22. Italian = GRAZIE (grasiet) 
23. Japanese = ARIGATO GUZAIMAS SITAK 24. Korean = KAMSA
25. Latin = BENINGNE FACIS (beningnya faciyasek)  26. Latvian = PALDIES 
27. Macedonian = THANKI YOUL 28. Norwegian = TAKK (teayakku kor) 
29. Polish = DZEIKUJE (dyeng ku yang) 30. Portuguese = OBRIGADO
31. Russian = SPASIBO (spaSsiba) 32. Serbian = HVALA (khawala) 
33. Slovak = DAKUJEME (jakuyeme) 34. Spanish = GERACIAAS
35. Swahili = ASANTE 36. Swedish = TACK 37. Tamil = NANDRI
38. Turkish = TISHEKKULAR 39. Vietnamese = KAMEN 40. Welsh =DIOL KEN FAWR


Itulah dia senarai UCAPAN terima kasih dari pelbagai bahasa untuk tatapan tuan-tuan dan puan puan. Yang dalam kurungan tu sebutan dia seperti yang di dengar. 

Anda boleh dapatkan kemudahan untuk menterjemah seperti di atas dalam  laman sesawang google(translate.google.com). Disitu anda boleh menterjemah perkataan dari satu bahasa ke bahasa yang lain(Dalam senara bahasa yang dia orang adalah).



SELAMAT MENCUBA & TERIMA KASIH.


Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم





p/s Sebenarnya ada lagi UCAPAN terima kasih yang tidak ditulis kerana tiada bunyi untuk perkataan tersebut. Kalo korang cuba nanti, korang sendirilah sebut lah ye.. 


Saturday 12 January 2013

Asal Usul Bendera


Bendera gangsa yang dijumpai di Iran,
Millennium ke 3 , BC

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,

Hari ini nak kongsilah dengan tuan-tuan semua mengenai Bendera dan Jata. Menurut WIKIPEDIA-Bahasa Melayu, bendera adalah serapan dari bahasa PORTUGIS yang membawa maksud "sepotong kain yang dipakai sebagai wahana untuk menggambarkan simbol sebuah negara ataupun entiti lain" . 

Dalam WIKIPEDIA-Bahasa Melayu, cerita bendera nie pendek jer, lalu kita beralihlah ke dalam WIKIPEDIA-Bahasa Inggeris pula untuk keterangan lebih lanjut dan telah dialih bahasakan ke dalam Bahasa Melayu."Bendera biasanya adalah sehelai kain (fabrik) dengan rekaan yang biasanya berbentuk segi empat tepat digunakan sebagai simbol, alat tanda isyarat atau perhiasan".  




Dannebrog
Dannebrog
Bendera yang pertama digunakan dalah didalam medan peperangan untuk membantu menentukan kedudukan tentera. Kegunaaan paling popular untuk bendera ialah sebagai simbol negara/negeri. Bendera negara/negeri (state flag) paling lama yang masih digunakan hingga ke hari ini ialah bendera Denmark(namanye-Dannebrog telah digunakan sejak abad ke 13 lagi).
Al-Liwa' & Ar-Rayah


Bagi kerajaan islam pertama di bawah pimpinan
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kerajaan tersebut mempunyai bendera (Al-Liwa')  dan juga panji (Ar-Rayah). Bendera dan panji ini mempunyai tulisan yang sama iaitu ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ cuma bezanya dari segi warnanya. Al-Liwa' (bendera) berwana putih, manakala Ar-rayah (Panji) berwarna hitam.

Flag of four stripes along the fly coloured white, red, yellow and black respectively. In the middle is a white oblong circle with a Malayan tiger in it.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Ini pula Bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(1895-1946). Warna diatas sekali adalh putih, diikutu merah, kuning dan hitam. Sementara di tengah-tengahnya terdapat seekor harimau didalam bentuk oblong. Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah Negeri Sembilan, Pahang, Perak & Selangor.


Negeri-Negeri Selat
Ini pula Bendera Negeri-Negeri Selat(1826-1942). Negeri-Negeri Selat adalah Singapura, Penang, Melaka, Dinding dan Province Wellesley.




Portugis (1511-1641)
Belanda (1641-1825)

British (1825-1946)

Di atas ini pula Bendera Melaka(1511-1946). Negara-Negara yang menjajah Melaka adalah Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1825) dan British (1825-1946).

Bendera Perang Tentera Imperial Jepun 
Ini pula Bendera Malaya ketika kena jajah dengan Jepun (1942-1945) dan dibawahnya pulak bendera Malaya (1950-1963) dan Malaysia(Sekarang)







Malaya (1950-1963)
A blue rectangle with a gold star and crescent in the canton, with 14 horizontal red and white lines on the rest of the flag
Malaysia (Sekarang)




Begitulah cerita asal usul bendera yang terdapat di WIKIPEDIA. Kalau korang nak tau lebih lanjut carilah kat WIKIPEDIA, kata kuncinya ialah FLAG.

Sekian jumpa lagi di lain entry.

Assalammualaikum dan selawat ke atas Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم







  




Wednesday 9 January 2013

Cara Cara Cari Apa: Hari Keluarga/Family Trip

Cara-Cara Merancang DAN Menjayakan Hari Keluarga/Family Day

Assalammualaikum & Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallah alaihi wassalam.

Entry kali ini ialah mengenai cara-cara merancang dan menjayakan Hari Keluarga atau Family Day cakap omputehnya.

Mula-mula hendaklah kita kira ahli keluarga kita. Tengoklah kalau, bapak/ayah atau suami mempunya lebih satu isteri maka mungkin banyaklah anak-anaknya. Ataupun yang hanya ada seorang isteri saje tapi Allah kurniakan dengan rezeki anak yang ramai maka ramailah keluarganye.

Seterusnya, buatlah mesyuarat keluarga. Tak kiralah secara apa, sebagai contoh, penganjur/pencadang hantar satu e-mail kepada ahli-ahli keluarga/adik beradik tentang rancangan mereka.

                         CONTOH e-MAIL :-

TAJUK : MERANCANG MENGADAKAN HARI KELUARGA                      

Kehadapan Saudara-saudaraku,
Ishak, Yaakub, Fatimah, Aisyah, Daud, Sulaiman, Harun, Zulkifli, Uthman, Khadijah, Adam dan Hawa.

Adalah dengan ini saya ingin mencadangkan supaya diadakan hari keluarga untuk keluarga kita. 
Sila kemukakan cadangan tempat dan tarikh yang sesuai.

Sekian.

p/s Pecah Kaca Pecah Gelas     

Macam gitulah lebih kurang e-mailnye. Lepas dah dapat tarikh dan tempatnye, cari pulak lokasi tempat tinggal dan aktiviti semasa berada di situ

Kemudian kiralah budget untuk berapa hari nak bersantai tu. Masukkanlah budget makan(sarapan pagi, makan tengahhari, makan malam), BBQ,hadiah, entry untuk masuk ke sesuatu tempat dan sebagainya. 

Rancanglah sekurang-kurangnya dua bulan sebelum acara tersebut. Ini untuk memudahkan ahli keluarga untuk mengumpul dana untuk menyertai , nanti kalau tidak takde orang yang nak pergi. Budget larilah dan sebagai nye. Untuk Hari keluarga kat luar negara bagi orang yang tak berapa nak kaya, 6 bulan atau setahun diperlukan (CARA-CARA untuk ini akan di bentangkan pada post post yang seterusnya insyallah)

Seminggu dua, sebelum acara hendaklah segala wang-wang dikutip bagi memudahkan penganjur untuk membeli (Hadiah, BBQ, Tikar, wang pendahuluan tempat penginapan dan sebagainya). Ajaklah sedara mara itu untuk rewang/gotong royong bersama-sama untuk membungkus hadiah-hadiah tersebut.

Sediakan Aturcara/Menu seperti berikut untuk memudahkan para perserta hari keluarga anda untuk mengetahui arah tuju dan acara-acara yang berlaku.




Sekian Dulu untuk kali ini Selamat Mencuba.

Assalammualaikum.





Selamat Datang

Assalamualaikum,

Selamat Datang ke Blog ini. 

Moga-moga apa yang dipaparkan di sini dapat membantu anda semua.

Blog ini akan mencuba memberikan sebanyak mungkin tentang CaRa-CaRa Cari APA?  untuk tatapan umum.

Semoga anda semua selamat sejahtera.

Jumpa Lagi.