Friday 1 March 2013

Pasar Minggu Stadium Shah Alam

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,

Terima kasih kerana melayari blog ini. Mintak maaflah sebab bulan dua ari tu ada satu entri saja. Cuba untuk perbanyakan lagi untuk bulan nie dan bulan2 seterusnya.

Oklah, cerita untuk kali ini, Pasar Minggu Stadium Shah Alam. Letak nye betul-betul dihadapan Stadium Melawati dan berdekatan dengan Giant Besar Shah Alam dan Tesco Extra. Kalau tuan dari Kuala Lumpur melalui Federal Highway, tuan kena exit di KTM Komuter Station Batu Tiga dan belok ke kanan, traffic light kedua belok ke kiri. 

Kalau dari NKVE pulak, tuan kena melalui exit Shah Alam dan terus menuju ke Shah Alam, selepas Politeknik Shah Alam, di traffic light kedua sedia untuk belok ke kanan. Lokasi n pasar ini akan berada di hadapan tuan-tuan.

Tuan-tuan kalo nak pergi sini kenalah pada hari AHAD sahaja. Hari lain kalo tuan datang boleh juga jugek, tapi untuk bawak orang belajar kete. Pasar nie diadakan di atas parking stadium. Memang banyak booth-booth jualan yang menjual dari kereta hingga ke permainan kanak-kanak. 

Lebih kurang nye pembahagian kawasan perniagaan terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, pasar basah, yang kedua bahagian jualan makanan dan yang ketiga dan terbanyak adalah barang-barang lain.  

Jadi kalo tuan ada masa lapang pada hari ahad datanglah ke Pasar Minggu Stadium Shah Alam. Datang lah pagi-pagi cikit kurang lebih pukul 8.00 dan janagan lupa bawak payung. Bagi yang bawak kanak-kanak kecil/bayi, jangan lupa bawak kipas. Parking memang banyak tapi kalo datang lambat, kena parking jauh cikit lah. 

Begitu lah serba cikit mengenai Pasar Minggu Stadium Shah Alam. Kat bawah nie, adalah cikit gambar gambar suasana kat stadium tu. Enjoy yea... Jumpa Lagi

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,

Bye......