Saturday, 12 January 2013

Asal Usul Bendera


Bendera gangsa yang dijumpai di Iran,
Millennium ke 3 , BC

Assalammualaikum dan selawat ke atas
Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم,

Hari ini nak kongsilah dengan tuan-tuan semua mengenai Bendera dan Jata. Menurut WIKIPEDIA-Bahasa Melayu, bendera adalah serapan dari bahasa PORTUGIS yang membawa maksud "sepotong kain yang dipakai sebagai wahana untuk menggambarkan simbol sebuah negara ataupun entiti lain" . 

Dalam WIKIPEDIA-Bahasa Melayu, cerita bendera nie pendek jer, lalu kita beralihlah ke dalam WIKIPEDIA-Bahasa Inggeris pula untuk keterangan lebih lanjut dan telah dialih bahasakan ke dalam Bahasa Melayu."Bendera biasanya adalah sehelai kain (fabrik) dengan rekaan yang biasanya berbentuk segi empat tepat digunakan sebagai simbol, alat tanda isyarat atau perhiasan".  




Dannebrog
Dannebrog
Bendera yang pertama digunakan dalah didalam medan peperangan untuk membantu menentukan kedudukan tentera. Kegunaaan paling popular untuk bendera ialah sebagai simbol negara/negeri. Bendera negara/negeri (state flag) paling lama yang masih digunakan hingga ke hari ini ialah bendera Denmark(namanye-Dannebrog telah digunakan sejak abad ke 13 lagi).
Al-Liwa' & Ar-Rayah


Bagi kerajaan islam pertama di bawah pimpinan
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kerajaan tersebut mempunyai bendera (Al-Liwa')  dan juga panji (Ar-Rayah). Bendera dan panji ini mempunyai tulisan yang sama iaitu ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ cuma bezanya dari segi warnanya. Al-Liwa' (bendera) berwana putih, manakala Ar-rayah (Panji) berwarna hitam.

Flag of four stripes along the fly coloured white, red, yellow and black respectively. In the middle is a white oblong circle with a Malayan tiger in it.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Ini pula Bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(1895-1946). Warna diatas sekali adalh putih, diikutu merah, kuning dan hitam. Sementara di tengah-tengahnya terdapat seekor harimau didalam bentuk oblong. Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah Negeri Sembilan, Pahang, Perak & Selangor.


Negeri-Negeri Selat
Ini pula Bendera Negeri-Negeri Selat(1826-1942). Negeri-Negeri Selat adalah Singapura, Penang, Melaka, Dinding dan Province Wellesley.




Portugis (1511-1641)
Belanda (1641-1825)

British (1825-1946)

Di atas ini pula Bendera Melaka(1511-1946). Negara-Negara yang menjajah Melaka adalah Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1825) dan British (1825-1946).

Bendera Perang Tentera Imperial Jepun 
Ini pula Bendera Malaya ketika kena jajah dengan Jepun (1942-1945) dan dibawahnya pulak bendera Malaya (1950-1963) dan Malaysia(Sekarang)







Malaya (1950-1963)
A blue rectangle with a gold star and crescent in the canton, with 14 horizontal red and white lines on the rest of the flag
Malaysia (Sekarang)




Begitulah cerita asal usul bendera yang terdapat di WIKIPEDIA. Kalau korang nak tau lebih lanjut carilah kat WIKIPEDIA, kata kuncinya ialah FLAG.

Sekian jumpa lagi di lain entry.

Assalammualaikum dan selawat ke atas Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم







  




1 comment: